RMK12 cabaran pasca pandemik
Iklan
RMK12 dijangka memberi tumpuan ke arah memulihkan keyakinan rakyat, kumpulan perniagaan dan pelabur bagi membantu menjana semula ekonomi negara. - Foto 123RF
KONSEP pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin ini tidak akan berbeza dengan pelan lima tahun pembangunan negara sebelum ini kerana ia adalah pembentangan kerangka kerja atau framework mengenai hala tuju pembangunan negara selama lima tahun.
Inti pati dan strategi pelaksanaan untuk menjayakannya akan dirumuskan melalui pembentangan belanjawan negara setiap tahun.