Interaksi dengan Afghanistan
Iklan
Kebangkitan semula Taliban di Afghanistan sudah dijangka dan mereka kini sedang berusaha untuk peroleh pengiktirafan masyarakat antarabangsa. - Foto 123RF
KUMPULAN Taliban telah mengambil alih Kabul, ibu kota Afghanistan pada 15 Ogos lalu, sekali gus menandakan berakhirnya konflik antara Taliban dengan Amerika Syarikat (AS) yang telah berlangsung selama 20 tahun.
Setelah mengambil alih Afghanistan, Taliban mengumumkan penubuhan pemerintahan sementara pada 7 September.