Selamatkan zoo Malaysia
Iklan
Zoo Negara mengharapkan sumbangan dan sokongan orang ramai untuk terus bertahan demi generasi akan datang.
KUALA LUMPUR - Dengan lebih 230 juta kes di seluruh dunia tidak dapat disangkal lagi pandemik Covid-19 membawa impak cukup besar bukan sahaja kepada kehidupan manusia, bahkan rantaian kehidupan lain termasuk flora dan fauna.
Di Malaysia, zoo turut menerima tempias apabila terpaksa menutup pintu kepada pengunjung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bersilih-ganti bermula Mac tahun lalu.