Perjanjian kerajaan, pembangkang kemenangan besar untuk rakyat
Iklan
Nik Nazmi dan Lih Kang pada wawancara eksklusif yang diadakan di Ibu Pejabat PkR di Petaling Jaya pada Selasa. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
[MUKADIMAH] Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu kemenangan besar buat rakyat.
Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemahuan rakyat selama ini akhirnya didengari kerajaan.