‘Malaikat Maut’ Sarjan Sabu tumpaskan 300 penjenayah
Iklan
Prinsip Sabu ialah sentiasa bertugas dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.
LEBIH 300 perompak, penculik, pembunuh dan penjenayah tegar yang mengganas di Kuala Lumpur berjaya ditumpaskan oleh bekas pegawai polis, Sarjan Nazaruddin Mohd Zain bersama rakan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1980-an.
Nazaruddin atau lebih dikenali Sabu, 75, berkata, beliau antara salah seorang anggota polis yang cukup digeruni penjenayah tegar suatu ketika dahulu.