MySejahtera antara aplikasi pengawasan Covid-19 terbaik dunia
Iklan
Usaha kerajaan Malaysia menyenaraikan pusat kesihatan berhampiran pada aplikasi berkenaan bagi memudahkan pengguna mendapatkan rawatan diperlukan sebagai satu kelebihan kepada MySejahtera.
[INFOGRAFIK] MySejahtera adalah aplikasi penjejak kontak rapat dan pengawasan Covid-19 yang bertujuan mengawal penularan wabak maut berkenaan di negara ini.
Ia dibangunkan bagi membantu pengguna melakukan penilaian kesihatan kendiri, sekali gus memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak berdasarkan maklumat diperoleh.