Australia 'tikam belakang' Perancis?
Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah kapal selam nuklear buatan Amerika Syarikat, USS Indiana. - Foto AFP
BARU-BARU ini Australia membatalkan kontrak bernilai berbilion-bilion dolar pembelian kapal selam nuklear Perancis sehingga mencetuskan krisis diplomatik antara kedua-dua buah negara.
Krisis itu turut mencetuskan perbalahan antara Paris dengan Washington tetapi ia kemudian diredakan apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron menghubungi rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melalui telefon pada Rabu lalu.