Pemilihan UMNO Januari 2022?
Iklan
Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan pemilihan UMNO bakal diadakan seawal bulan Januari 2022 kerana khidmat MKT bagi penggal tahun 2018 hingga tahun 2021 sudah pun tamat.
SHAH ALAM - Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan proses pemilihan UMNO yang ditangguhkan selama 18 bulan sebelum dimaklumkan tidak sah oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), bakal diadakan segera, paling awal bulan Januari 2022.
Sumber Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, proses pemilihan UMNO perlu diadakan dalam tempoh masa terdekat susulan kebimbangan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan selepas bulan Julai 2022.