Kad UNHCR dikeluarkan selepas penilaian tinggi terhadap pemohon
Iklan
Joseph menegaskan bahawa kad UNHCR tidak boleh dimilliki sewenang-wenangnya di mana ia melibatkan proses yang mendalam untuk memutuskan sama ada pencari suaka itu boleh dianggap sebagai seorang pelarian dan ia bukan tiket kekebalan untuk bebas melakukan jenayah.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpandangan bahawa kewajaran untuk mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) adalah bergantung kepada pihak suruhanjaya yang mengeluarkan kad berkenaan.
Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, dari aspek hak asasi manusia, jaminan keselamatan seseorang itu perlu diberikan keutamaan sekiranya mereka ingin ke negara asal.