Tandatangan suluhan masa depan Malaysia
Iklan
Ismail Sabri (kanan) bersama Anwar (kiri) ketika hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen pada 13 September lalu. -Foto Bernama
SELEPAS 64 tahun kemerdekaan Malaysia dan 62 tahun penubuhan institusi Parlimen, satu sejarah baharu tercatat dalam tawarikh negara.
Malah, kebuntuan politik selama hampir 17 bulan sedang melalui proses gencatan atau perdamaian politik selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani pada 13 September 2021. Inilah sejarah baharu.