AUKUS bakal cetus konflik dengan China
Iklan
Kerjasama tiga hala di antara Australia, AS dan UK bakal cetus polemik persenjataan serantau. Dari kiri: Perdana Menteri Australia, Scott Morrison; Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Britain, Borris Johnson capai kesepakatan dalam AUKUS baru-baru ini.
SHAH ALAM - Kerjasama tiga hala di antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) boleh menimbulkan konflik salah faham dengan China sekali gus menyebabkan berlakunya ketegangan di Laut Cina Selatan.
Pakar Pertahanan, Mohammad Fuad Mat Noor berkata, ia berikutan Malaysia mempunyai kerjasama dengan Australia dan UK melalui Peraturan Pertahankan Lima Negara (FPDA).