Misi pelancongan angkasa lepas pertama
Iklan
Roket Falcon 9 yang membawa kapsul Crew Dragon berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy. (Gambar kecil: Dari kiri: Sembroski, Proctor, Isaacman dan Arceneaux ketika bersiap sedia di kerusi masing-masing dalam kapsul Dragon sebelum ia berlepas dari Cape Canaveral di Florida.)
CAPE CANAVERAL - Empat individu bertuah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan pertama menyertai misi pelancongan ke angkasa lepas digelar Inspiration4 yang dilancarkan syarikat aeroangkasa, SpaceX milik bilionair, Elon Musk pada Rabu.
Kuartet angkasawan amatur itu diketuai bilionair yang juga Ketua Eksekutif firma perkhidmatan kewangan, Shift4 Payments, Jared Isaacman, 38, yang membiayai sepenuhnya kos ekspedisi itu dianggarkan mencecah AS$200 juta (RM831 juta) yang berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS).