[EKSKLUSIF] MP Bersatu sah berkecuali undi Ahmad Maslan
Iklan
Kegagalan Bersatu dan UMNO untuk mencapai kesepakatan dalam menyokong pencalonan ahli Parlimen parti itu bagi dilantik jawatan Timbalan Speaker Parlimen mampu mencetuskan kembali polemik keabsahan kerajaan Ismail Sabri.
SHAH ALAM - Kesemua ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengemukakan pendirian berkecuali dalam isu cadangan nama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon tunggal kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu.
Perkara itu disahkan oleh beberapa ahli Parlimen parti itu kepada Sinar Premium sewaktu dihubungi petang Rabu.