Mengenang nasib zoo
Iklan
Zoo Negara masih setia menanti pengunjung. Boleh kita bayangkan bagaimana hibanya apabila dua tahun kebelakangan ini pengunjungnya kian ‘hilang’ berpunca daripada PKP yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
DUA belas tahun nan silam. Ada anak jiran saya yang baru berumur 10 tahun telah memiliki zoo sendiri. Perniagaan zoo itu cukup maju sehinggakan pada usia semuda itu, dia telah berstatus punya wang.
Tetapi tidak ramai orang tahu. Hanya emak, bapa dan adiknya sahaja. Saya dapat tahu pun secara kebetulan dan saya bernasib baik kerana dia sudi membawa saya melawat zoo tersebut. Memang mengagumkan. Sebuah zoo besar yang di dalamnya terdapat pelbagai jenis haiwan.