Bercumbu dengan musuh
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen.
Turut hadir, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng. - Foto Bernama
ADA orang kata Tuk Seri Perdana Menteri (PM) baharu tak sekuat mana pun. Tapi dalam sehari dua ini kita nampak belang sebenar beliau. Beberapa sepak terajang politik beliau nampak sangat bijak.
Apabila sebahagian besar pembangkang tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dalam urusan pentadbiran negara, itu kejutan besar bagi semua. Ramai orang anggap itu master stroke (maaf, dengan izin) Tuk Seri PM baharu untuk kontrol musuh politiknya di luar kerajaan. Orang anggap itu tindakan terbaik beliau setakat ini.