Cepatnya kes Covid-19 jadi 2 juta di Malaysia
Iklan
Varian delta menjadi penyumbang kes tertinggi di Malaysia sehingga negara merekodkan lebih dua juta kes dalam tempoh 559 hari sejak dilanda pandemik Covid-19.
SHAH ALAM - Malaysia mengambil masa selama 547 hari untuk mencecah kes melebihi sejuta sejak negara kali pertama dilanda pandemik Covid-19 pada 25 Januari 2020.
Mengikut rekod, kes pertama negara adalah membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.