Sabun susu keldai bantu ekonomi keluarga
Iklan
Seorang pekerja memerah susu di ladang milik syarikat 'Atan Donkey Milk Soups' di Madaba, Jordan baru-baru ini. - Foto AFP
SEBUAH keluarga di Jordan sebelum ini menjadi bahan sindiran rakan-rakan mereka kerana mengusahakan pembuatan sabun daripada susu keldai yang mula beroperasi pada Februari tahun lalu.
Namun, sindiran itu tidak pun melunturkan semangat keluarga tersebut dan kini terbukti sindiran itu silap.