Di mana kiblat dasar luar Malaysia?
Iklan
Hanya Qatar, Pakistan dan Turki yang telah menghantar bantuan kemanusiaan dan teknikal untuk mengurangkan beban kerajaan baharu dan rakyat di Afghanistan. -Foto Sumber internet.
APABILA dunia digemparkan dengan kejatuhan pantas kerajaan sokongan Barat di Afghanistan, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah semasa sidang media pertamanya menyatakan Putrajaya sedang memantau perkembangan terkini di Afghanistan dari pelbagai sumber sebelum boleh menyatakan pendirian kerajaan kerana melibatkan pelbagai faktor dalam hubungan diplomatik.
Pemimpin politik dari parti berbeza di Malaysia menyatakan pendirian masing-masing dengan ada yang menyokong dan tidak kurang mengeji kerajaan Taliban yang baru berkuasa.