Ismail Sabri ulangi keajaiban Tun Razak
Iklan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) dianggap sebagai pemenang sebenar di sebalik kejayaan perjanjian MoU antara blok kerajaan dan pembangkang.
TIDAK dinafikan satu perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai antara blok kerajaan dan pembangkang di Parlimen petang Isnin sebenarnya merangka sejarah baharu terhadap landskap politik negara.
MoU itu juga dianggap satu perjanjian kepercayaan dan perbekalan (Confidence & Supply Agreement (CSA) ) pertama berjaya ditandatangani antara blok kerajaan dan pembangkang di peringkat persekutuan, sekali gus memainkan peranan signifikan bagi menurunkan suhu politik negara.