Rintihan peniaga ayam
Iklan
Seorang peniaga ayam di Pasar Chow Kit memakai apron yang ditulis berkenaan harga ayam tidak terkawal.
SHAH ALAM - Rata-rata peniaga ayam menzahirkan keresahan mereka yang terkesan akibat kenaikan harga ayam mentah secara mendadak baru-baru ini.
Tular beberapa keping gambar yang dikongsi peniaga-peniaga ayam di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur pada Ahad berkenaan luahan hati mereka yang disampaikan melalui tulisan pada apron yang dipakai.