Ancaman bencana kemanusiaan
Iklan
Krisis kemanusiaan bakal menjejaskan 18 juta penduduk atau separuh daripada 38.04 juta populasi di Afghanistan.
GENEVA - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu dana tambahan berjumlah hampir AS$200 juta (RM831 juta) untuk bantuan menyelamatkan jutaan nyawa di Afghanistan selepas pengambilalihan tampuk kepimpinan di negara itu oleh Taliban yang kini mencetuskan beberapa isu baharu.
Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) memaklumkan angka itu menjadikan keseluruhan dana bantuan yang diperlukan rakyat negara sehingga akhir tahun ini adalah berjumlah AS$606 juta (RM2.5 bilion).