Kecacatan intelektual, bukan noktah kejayaan anak anda!
Iklan
Jaguh lompat jauh para, Abdul Latif Romly muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga sekali gus menepati sasaran ditetapkan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 4 September lalu.
SUKAN Paralimpik di Rio, Brazil dan Tokyo, Jepun membuka mata masyarakat mengenai kehebatan atlet kelainan upaya Malaysia di pentas dunia.
Berbeza daripada Sukan Olimpik biasa, Sukan Paralimpik dipecahkan kepada pelbagai kategori mengikut kelainan upaya atlet.