Hotel di Lembah Klang kembali sesak
Iklan
Pelanggan disaran tempah awal sebelum hujung minggu bagi mengelak kesesakan tempahan bilik secara online.
SHAH ALAM - Tempahan bilik penginapan di kebanyakan hotel sekitar Lembah Klang hampir penuh berikutan kebenaran merentas daerah bagi individu lengkap dua dos vaksin di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian ke atas beberapa aplikasi tempahan hotel dalam talian mendapati kebanyakan hotel yang sebelum ini suram akibat Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu dijangka kembali sesak pada hujung minggu ini.