Kemenangan untuk pencinta alam sekitar
Iklan
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pada Rabu mengumumkan bahagian Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang sudah dinyahwarta akan diwartakan semula.
FOTO: Greenpeace Malaysia
SHAH ALAM - Keputusan kerajaan Selangor mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) dianggap sebagai satu kemenangan untuk pencipta alam sekitar.
Malah, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil mahu kerajaan negeri, terutamanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjadikan kawasan HSKLU seluas 536.7 hektar itu sebagai taman negeri supaya episod sama tidak berulang.