Benarkan pekerja tidak divaksin bekerja
Iklan
Seramai 101 gelandangan di Sarawak menerima suntikan vaksin Covid-19 melalui Program Vaksinasi Komuniti Gelandangan. - Foto Bernama Gambar kecil: Mohd Effendy
SHAH ALAM - Tindakan majikan tidak membenarkan pekerjanya bekerja kerana enggan menerima vaksin Covid-19 adalah sesuatu yang tidak wajar.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, penggunaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP) bagi mengenakan tindakan terhadap pekerja dianggap tidak sesuai memandangkan situasi yang berbeza ketika akta tersebut digubal.