Sembang tentang setem
Iklan
Nilai setem tertakluk pada pelbagai kriteria. Yang pasti makin lama usia sesuatu setem, makin elok ia dijaga dan makin sukar diperoleh, nilainya akan menjadi lebih tinggi.
BILAKAH kali terakhir anda membeli dan menggunakan setem? Beberapa bulan yang lalu atau beberapa tahun lalu atau beberapa belas tahun yang lalu?
40 tahun dahulu dan tahun-tahun sebelum itu, jika anda bertanya soalan sama, jawapannya mungkin berbunyi:"Baru minggu lepas atau baru semalam atau baru sebentar tadi.” Bukan pelik juga jika ada yang menjawab:"Baru sebentar tadi dan sekarang nak pergi beli lagi!”