Miliki lesen jadi syarat utama dapat kerja
Iklan
Penutupan sekolah memandu sejak PKP tahun lalu menyebabkan lebih sejuta orang tidak dapat lesen memandu. Gambar kecil: Syed Hussain
SHAH ALAM - Memiliki lesen memandu yang sah merupakan satu daripada kelebihan dan menjadi syarat penting untuk ditawarkan sesetengah pekerjaan.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan tidak boleh melonggarkan syarat berkenaan kerana terdapat tugas yang memerlukan pekerja untuk memandu kenderaan sama ada motosikal atau kereta.