Politik hanya stabil bila ada reformasi Parlimen
Iklan
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bercakap dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya hari ini. -Foto Sinar Harian MOHD HALIM WAHID.
[MUKADIMAH] Selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018, landskap politik Malaysia berubah dengan begitu ketara susulan wujud aktiviti lompat parti oleh wakil rakyat.
Keadaan itu juga menyaksikan negara ‘melakar’ sejarah tersendiri apabila dalam tempoh kira-kira tiga tahun, tiga perdana menteri berbeza telah dilantik gara-gara kerajaan tumbang akibat ada wakil rakyat yang berpaling tadah.