Pemburu haram dalam radar PDRM
Iklan
Beruang matahari antara spesies haiwan liar yang turut menjadi sasaran pemburu haram.
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti petualang dalam kalangan warga tempatan yang terlibat dalam sindiket pemburuan haram.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, terdapat warga tempatan bergerak aktif dalam beberapa sindiket yang telah dikenal pasti.