Hanya tinggal Lembah Klang, Kedah dan Johor di Fasa Satu
Iklan
Status fasa negeri-negeri di bawah PPN. Hanya tinggal negeri di Lembah Klang, Kedah dan Johor di Fasa Satu.
SHAH ALAM - Selepas hampir tiga bulan dilaksanakan, kini hanya tinggal negeri-negeri di Lembah Klang, Kedah dan Johor yang masih tersangkut pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Negeri-negeri di Lembah Klang itu termasuklah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.