Krisis tikus gergasi di kediaman elit
Iklan
Tikus gergasi atau capybara memakan rumput di tepi sebatang jalan raya di kawasan perumahan mewah di Tigre, dekat Buenos Aires pada Ogos lalu. - Foto AFP
SEKUMPULAN haiwan gergasi daripada keluarga tikus Amerika Selatan menceroboh sebuah kawasan perumahan jutawan di Argentina menyebabkan timbulnya persoalan tentang isu-isu alam sekitar dan dasar sosial di negara itu.
Tikus-tikus gergasi itu didapati menceroboh kawasan seluas 1,600 hektar dikenali sebagai Nordelta yang menempatkan kompleks perbandaran mewah yag dibina di pinggir ibu kota Buenos Aires.