Pusat tahfiz tutup, tenaga pengajar terpaksa jadi pemandu e-hailing
Iklan
Ada madrasah tahfiz swasta yang terpaksa ditutup apabila tidak dapat menampung kos pengoperasian sejak PKP. Gambar kecil: Amirul Fadzly
MELAKA - Beberapa madrasah tahfiz swasta di negeri ini turut terkesan dan terpaksa mengambil tindakan penutupan apabila tidak dapat menampung kos pengoperasian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Melaka (PINTA Melaka), Amirul Fadzly Jamil berkata, berdasarkan maklumat yang diterima setakat Ogos lalu, tiga pusat tahfiz di daerah Alor Gajah dan dua di daerah Melaka Tengah terpaksa ditutup kerana tidak dapat bertahan akibat kekangan kewangan.