Ahli politik perlu merdeka dengan jiwa besar
Iklan
Semua ahli politik harus merdeka dengan jiwa besar bagi mencari satu solusi ke arah mengembalikan kesejahteraan hidup rakyat. Gambar kecil: Ahmad Marthada
SHAH ALAM - Bertepatan tema sambutan Hari Merdeka ke-64, Malaysia Prihatin, ahli politik perlu membuktikan kesungguhan dan keprihatinan dalam usaha mengembalikan kesejahteraan rakyat dan negara.
Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pusat Pengajian Kerajaan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berpandangan, keprihatinan ahli politik boleh diterjemahkan dalam bentuk kerjasama rentas sempadan antara parti politik sedia ada.