‘Covid-19 si penjajah moden’
Iklan
Riak wajah gembira tatkala menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2019 yang juga menjadi sambutan terakhir sebelum Covid-19 menular di Malaysia.
SHAH ALAM - Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 adalah kali kedua diraikan dalam suasana sederhana akibat pandemik Covid-19.
Sempena ulang tahun pembebasan Malaysia daripada cengkaman penjajah, tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata rakyat mahu merdeka dan bebas daripada pandemik yang memberi kesan buruk kepada aspek kesihatan dan ekonomi.