Wanita paling ramai bunuh diri
Iklan
Kajian UM menunjukkan 37 peratus wanita mengalami tekanan emosi semasa tempoh PKP sementara 33 peratus pula mengalami kemurungan.
SHAH ALAM - Seramai 1,427 orang wanita dilaporkan membunuh diri dalam tempoh 2019 hingga bulan Mei 2021.
Berdasarkan data Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan baru-baru ini, bilangan lelaki yang dilaporkan membunuh diri dalam tempoh yang sama adalah seramai 281 orang.