Perang AS di Afghanistan sia-sia
Iklan
Askar AS sedang mengawal penduduk Afghanistan yang mahu meninggalkan negara itu di sebuah lapangan terbang di Kabul. - AFP
PADA 7 Oktober 2001, Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, George W Bush melancarkan perang ke atas Afghanistan dengan harapan untuk menamatkan keganasan di dunia.
Perang itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan dua buah pesawat komersial yang dirampas oleh sekumpulan 'pengganas' ke atas dua buah bangunan berkembar World Trade Center (WTC) sehingga runtuh di New York pada 11 September 2001.