Sepakat di bawah Keluarga Malaysia
Iklan
Ismail Sabri (dua kanan) bersama (dari kiri), Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Ketua Pembangkang merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, pada Rabu.
KEPUTUSAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengundang tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) untuk mengadakan perbincangan di Putrajaya minggu lalu dianggap satu langkah yang mengejutkan.
Pertemuan secara rasmi antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin pembangkang dianggap amat bersejarah kerana ia hanya pernah berlaku sekali, iaitu ketika di bawah pimpinan bekas perdana menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.