Di sebalik pelantikan menteri kabinet
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Istana Abdulaziz, Kuantan, pada Jumaat - Foto ihsan FB Istana Negara
LANGIT TERBUKA
KRITIKAN sesetengah pihak terhadap pengumuman kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mudah difahami. Dalam impian, kita mahukan semuanya yang terbaik, sempurna dan cantik. Namun realiti kehidupan tidak sebegitu. Ia penuh kompleksiti, tolak ansur dan pertimbangan yang berbeza.
Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dalam keadaan kempen kerajaan gagal sedang bersemarak dalam kalangan penyokong pembangkang dan UMNO, sudah tentu kumpulan yang sama berharap akan ada perubahan besar dalam kabinet Ismail Sabri bagi menjustifikasikan kebenaran kempen mereka.