Gencatan politik Ismail Sabri-PH hanya bertahan dua hari?
Iklan
Ismail Sabri bersama Anwar, Guan Eng dan Mohamad dalam pertemuan di pejabatnya pada Rabu.
SHAH ALAM - Gencatan politik Datuk Seri Ismail Sabri dengan blok pembangkang nampaknya bertahan setakat dua hari apabila pengumuman senarai kabinet pada Jumaat yang tidak menampilkan sebarang pembaharuan mendapat kritikan keras pemimpin-pemimpin pembangkang.
Platform media sosial terutamanya Facebook dan Twitter pada Jumaat dibanjiri komen-komen pedas pembangkang yang memberikan pelbagai komen negatif terhadap jemaah kabinet dan pentadbiran Ismail Sabri.