12 penjenayah maut di tangan ‘Shadow’
Iklan
Saiful Bahari pernah terlibat dengan pasukan D9 Bukit Aman. - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
MENEMBAK mati 12 penjenayah dalam tempoh lapan bulan pada 2016 ketika berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman merupakan pengalaman yang sukar dilupakan bekas anggota polis, Saiful Bahari Yunus.
Beliau yang mesra dengan panggilan Shadow berkata, kejadian itu berlaku antara Mei hingga Disember 2016.