Perubahan tampuk kuasa yang berbeza
Iklan
Jumlah rakyat Afghanistan yang cuba melarikan diri termasuklah berpaut pada sisi kapal terbang yang berlepas daripada lapangan terbang Kabul menyerlahkan tahap keterdesakan mereka.
DUA negara Asia majoriti Muslim telah mengalami perubahan kepimpinan politik (secara de facto jika bukan de jure) sejak artikel terakhir saya diterbitkan dua minggu lalu.
Perhatian dunia tertumpu kepada Afghanistan ketika pejuang Taliban memasuki ibu negara, Kabul tanpa tentangan setelah pengambilalihan kuasa yang berlaku dengan pantas di seluruh Afghanistan beberapa minggu sebelum itu.