Merungkai kabinet Keluarga Malaysia Ismail Sabri
Iklan
Ismail Sabri masih mengekalkan jumlah menteri dan timbalan menteri beliau seramai 70 orang, sama seperti Muhyiddin sebelum ini.
TEKA -teki mengenai senarai pelantikan barisan kabinet baharu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak seminggu lalu, akhirnya terjawab.
Tepat pada jam 11 pagi, beliau mengumumkan senarai nama keseluruhan 69 orang menteri dan timbalan menteri kabinet baharu kerajaan pimpinannya, melalui siaran langsung di media rasmi kerajaan.