‘Dengarlah suara hati rakyat’
Iklan
Ismail Sabri bersama Anwar, Guan Eng dan Mohamad dalam pertemuan di pejabatnya pada Rabu.
SHAH ALAM - Rakyat mahu pembangkang menjadi lebih progresif dan bertanggungjawab agar usaha memulihkan semula negara dapat digalas secara bersama.
Mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM), Seow Han Lin, 22, mengharapkan pemimpin parti pembangkang dapat membawa suara dan denyut nadi rakyat kepada pihak kerajaan selain bersama-sama merealisasikan konsep ‘Keluarga Malaysia’.