Kabinet baharu: Parti sokong Ismail Sabri kena jiwa besar contohi Anwar, PH
Iklan
Semua pemimpin parti menyokong Ismail Sabri (dua dari kanan) perlu berjiwa mencontohi sikap Anwar (dua dari kiri) dan pemimpin PH yang berjiwa besar membantu kerajaan pada saat krisis Covid-19. Gambar kecil: Nordin Kardi
SHAH ALAM – Semua pemimpin parti menyokong kerajaan baharu dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berjiwa besar menerima apa jua senarai pembentukan kabinet baharu yang bakal diumumkan beliau pada Khamis.
Penganalisis politik yang juga Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Profesor Tan Sri Nordin Kardi berkata, mana-mana pemimpin dalam pakatan parti menyokong kerajaan baharu juga perlu mencontohi sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan (PH).