Pemandu e-hailing dapat habuan lumayan
Iklan
Maritim Selangor menahan 19 PATI yang cuba menyusup keluar dari Malaysia pulang ke negara masing-masing melalui jalan tidak sah baru-baru ini.
DIKENAKAN bayaran RM1,300 oleh ejen warga Indonesia, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup keluar secara haram dengan menaiki sebuah tongkang kayu tanpa nombor pendaftaran di kedudukan sekitar 2.5 batu nautika barat Sungai Serdang Besar, Kapar di sini mengakui menggunakan khidmat pemandu e-hailing.
Pengakuan itu diperoleh kru Rasuah Busters ketika operasi yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Selangor baru-baru ini.