Agenda pertahanan negara tercicir
Iklan
Siri latihan yang diberi nama Eksesais Taming Sari siri 20/21 yang diadakan baru-baru ini.
SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, banyak isu kritikal berkaitan kedaulatan negara seakan terpinggir daripada agenda mereka yang dipertanggungjawabkan terhadap pertahanan negara.
Mungkin peranan yang diberi kepada individu memegang kementerian berkaitan pertahanan negara dalam tempoh hampir setahun ini terpaksa dihabiskan saban hari berhadapan umum di kaca TV memberi penjelasan mengenai isu kompaun, sekatan jalan raya serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.