Hanya tiga menteri yang diperlukan Ismail Sabri
Iklan
Ismail Sabri boleh menangguhkan pembentukan kabinet penuh kerajaan sehingga selepas selesai pelaksanaan undi percaya di Parlimen bagi meredakan tekanan politik ketika ini.
SHAH ALAM - Hanya tiga portfolio menteri diperlukan terlebih dahulu buat masa ini dalam kabinet kecil Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob khusus untuk menangani pandemik Covid-19 selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Penganalisis Politik dan Geostrategis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, tiga portfolio berkenaan ialah Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).