Keabsahan di Parlimen sudah tidak relevan?
Iklan
Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan adalah sah setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Gambar kecil dari kiri: Khairil Azmin, Syamrahayu
KEABSAHAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah tidak perlu dibuktikan di Parlimen kerana pelantikannya adalah sah mengikut syarat yang diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan.
Penganalisis Undang-Undang, Profesor Dr Khairil Azmin Mokhtar berpendapat usul undi percaya di Parlimen tidak perlu dibangkitkan memandangkan pelantikan Ismail Sabri sudah sah apabila beliau mengangkat sumpah di Istana Negara pada Sabtu.