Jangan dahului Agong umum siapa calon PM menang, kata Tian Chua
Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara. - Foto Bernama
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang seolah-olah cuba mendahului keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan siapa calon Perdana Menteri kesembilan.
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang seolah-olah cuba mendahului keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan siapa calon Perdana Menteri kesembilan.
Jelas Tian Chang atau lebih dikenali Tian Chua, jemputan Istana Negara terhadap 114 ahli Parlimen yang menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu hanya sekadar satu proses verifikasi surat akuan bersumpah (SD) yang dikemukakan mereka.