Rakyat sudah jelak perangai ahli politik
Iklan
Ada penganalisis melihat pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik ketegangan politik Malaysia ketika ini.
IMEJ ahli-ahli politik di negara ini berada dalam keadaan amat buruk di mata rakyat. Ia semua berpunca daripada krisis politik yang berlaku ketika ini.
Perebutan kuasa dan terlalu banyak politik yang tidak berkesudahan telah menyebabkan rakyat amat-amat jelak melihat perangai mereka.